23 May 2012

wordless wednesday #9

lost your pen=no pen
no pen=no notes
no notes=no study
no study=fail
fail=no diploma
no diploma=no work
no work=no money
no money=no food
no food=skinny
skinny=ugly
ugly=no love
no love=no marriage
no marriage=no children
no children=alone
alone=depression
depression=sickness
sickness=death

LESSON : DON'T LOSE YOUR PEN!

22 May 2012

ari ne 1 Rejab

alhamdulilah
ari neh dah 1 Rejab
maknanya x lame lg kita akan berpuasa

dan ari neh ari last aku ganti pose
ye lah tinggal 4 hari je thn lepas
tapi ingat nak pose lagi jika diizinkan

semalam lepas maghrib aku berdoa
minta abah. along, adek2, suami, anak2 dan keluarga sihat
apa yg berlaku atas keluarga semuanya dah ditakdirkan...aku redha!

ne nak share sikit kelebihan bulan REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.Sabda Nabi s.a.w.:Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan  dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan).
Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

21 May 2012

sabtu kami di hukm...

ingatkan x kan ke sini lagi
tapi itulah dugaan untuk keluarga aku
adek aku hafizi@eg masuk wad kena tibi
doktor cakap dah 2 tahun dah adek aku kena tibi...kisahnya!

adek aku admit jumaat ari tuh
masa genap arwah mama 90 hari
so sabtu kami pergi la melawat dia
kisahnya adek aku lg sorang ckp eg kt hkl
so mmg dah menuju ke hkl pon...at last adek aku mesej nape x smp2 lg
FYI rumah aku ngn hukm x jauh mane pon...da setengah jam x sampei2...cuak lah!

ropenye eg kt hukm je....kalau  x 15 minit sampai dah
terpaksa la pusing balik dan masa tu kitorang dah kt dpn IJN
oh...hujan lebat pulak nasib haziQ hakimi tgh tido
kalau x meragam jugek dok dalam kete lame2...lasak weh!


ne lah eg
baru je jadi cikgu seminggu
tapi untung jugak kawan2 cikgu yg lain dtg melawat bwk kfc ko!



18 May 2012

sudah 3 bulan...

18 mei jam 12.35 tgh hari
genap 3 bulan pemergiaan arwah mama
hujung bulan ne buat tahlil 100 hari

rasa cepat sgt masa berlalu
macam mama ade je kt rumah
melayan kerenah anak-anak
masak sedap-sedap untuk kitorang

semoga arwah mama tenang di sana
semoga arwah mama ditempatkan di kalangan org2 yg beriman
al fatihah buat arwah mama

Ya Allah...sesungguhnya aku rindukan mama aku