25 April 2012

bila haziQ hakimi tgok tv





                                                                            
bila haziQ hakimi tgok tv...ape lagi mama kacau lah kan
marah die org nak amek gambar
haih! 


wordless wednesday #7

selamat hari rabu
tu je husband i ucap pg tadi....hampeh!

19 April 2012

x de mood lah....pening kepala!!

pagi2 pegi keje ditemani air hujan
pehhh...lebat giler weh
sampai pening kepala aku hari neh
x de mood nak buat keje
aku nak balik!!
nk tdo!!

p/s:sememangnye x de mood...pening weh!!

18 April 2012

'Giveaway : 1st ANNIVERSARY TGB'


                           GA berlangsung dari 1 April – 24 April 2012 dan result – 25 April 2012
     
                                                         HAPPY BIRTHDAY TGB

1- Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway : 1st ANNIVERSARY TGB'
2- Follow TGB itu HARUS
3- WAJIB Follow dan Like semua Penaja2 GA ini
4- Letak Banner GA di entry kamu
5- Tag sorang je, dan pastikan mereka tahu
6- Follow TGB itu HARUS
7- Tinggalkan URL GA di ruang comment ini sahaja, tempat lain saya tak terima
SENARAI PENAJA TGB

- myphilosophicalofarts – FOLLOW | PAGE
- Fatma Fazira : FOLLOW | LIKE 1| LIKE 2
- Nurziyana : FOLLOW | LIKE | ADD
- LoveBag LoveBag : FOLLOW
- Nur Syahirah : FOLLOW | LIKE
- De Closette : FOLLOW | LIKE
- Kittyshawls : FOLLOW | LIKE
- Nur Anisah : FOLLOW | LIKE
- Ain Zuhairi : FOLLOW | LIKE
- Thaiyibah : FOLLOW | LIKE
- Atikah Mansor : FOLLOW
- Joojoo Craft : FOLLOW
- Roziah : FOLLOW | LIKE
- Haruno Hana : FOLLOW
- Biri Biri Collection : LIKE
- Cik Harty : FOLLOW
 
 
Tag: Noorashikin Hassan
 

wordless wednesday #6

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman...

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang ingatan ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.


17 April 2012

Cukup ke amalan kita?

assalamualaikum
saja nak share apa yg aku baca
mengenai solat kita...


Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.


Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.


Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


16 April 2012

Muhammad HaziQ Hakimi

alhamdulilah
13 februari 2011 tepat jam 11.43 malam
aku selamat melahirkan bb boy secara normal
dengan berat 2.1kg sajor....hehehe
bersalin masa 35 weeks

ne la gambar haziQ hakimi mase die lahir
terserlah kesepetan matanya




Muhammad Haziq Hakimi Bin Muhammad Faisal
semoga menjadi anak yg soleh
mama dan papa sayang kat kamu

detik kelahiran haziQ hakimi...last entri!!

salam isnin kawan2...maaf la mak bz seket
keje halal hari ne kau...hehe
mak nak sambung proses bersalinnye haziQ hakimi
panjang kan entri tuk die...xpe kenangan kan!

bila jalan dah buka 4 cm...doktor bgtau yg aku dah nak bersalin
mase tu mmg cuak weh...ye lah due pttnye 19 mac 2011
cane aku nak teran nnt...hadoiii

lepas tu doktor terus pecahkan air ketuban aku
pegh....panas weh rase die
menjejeh keluar habis basah baju aku mase tuh
terus doktor suh salin baju

then aku duduk atas kerusi roda nak tolak masuk labor room
masa ne pon x rase sakit langsung cuma perasaan cuak tu je yg lebih
masa tu jugak baru husband tau yg aku dah nk bersalin
mmg masing2 cuak....terus die dok talipon family nak bgtau


13 April 2012

setahun 2 bulan

alhamdulilah....
anak mama dah genap setahun 2 bulan hari neh
berjalan dah hebat sgt dah...smp nak berjalan sendiri x nak org pimpin tgn

tapi kesian sebab anak mama kena jangkitan tangan, kaki dan mulut
dah 5 hari dah ari neh sebenarnye
tapi malam tadi dah npk terkopek dah biji2 tuh
harap anak mama cepat sihat ye sayang

kalau tgok die pon mmg org x tau yg die sakit
sebabnye aktif semacam
selamat setahun 2 bulan sayang


12 April 2012

detik kelahiran haziQ hakimi 3

alhamdulilah sepanjang mengandungkan haziQ hakimi aku x de la byk peel sgt
setat 4 bulan aku da x mabuk dan pening2
dah boleh buat keje macam biasa

mengidam pon x de dah....makan je selagi lapar!
gemok!!aku rase x gemok pon cume tembam di pipi jek...
dimaklumkan sepanjang pegnen aku x berapa nk bergambar sgt
x tau kenapa bile dah bersalin baru terpikir...
hmmm...

FYI aku bersalin awal sebulan dari due iaitu mase kandungan 35w
x menyabo ye kamu nak lihat dunia
tanda2....huhu...xde experience kan so bape nak cuak sgt

5 April 2012

tahniah mak long!!

alhamdulilah syukur....
along dah selamat bersalin
a new bb girl in the house...meriah la umah pas neh


nama belum letak lagik...tp ade bunyik zahra...cute kan


 

kalau arwah mama ade...die la yg paling gembira sekali!
cucu no 2

2 April 2012

petikan hari neh..

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

maksud bacaan solat

terharunya baca belog fara lee neh *ehem* wife ally iskandar sekarang
tetiba tergerak hati nak baca belog die....
baru terasa hati ini terisi....
serius...

aku nak share apa yg aku baca kt belog dia kt SINI
hati aku tiba-tiba tersentuh
serius...

"Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu 
tetapi hati antara tidak dan mahu 
pantaslah Allah perlakukan kita begitu."

** Sedihkan kalau kita lakukan sesuatu tapi kesudahannya ia adalah sia-sia? Jadi, luangkan sedikit masa untuk membaca maksud bacaan dalam solat ini supaya takbir kita, rukuk kita, sujud kita tidak hanya 'bagai kambing menanduk bukit'


monday bluess...

eh....dah masuk april dah
aku terkena okeh...April Fool dari suami sendiri...huh!

masuk keje di pagi isnin...
bulan baru...ada bos baru tau (dengar sgt protocol habis!)
cepat2 masuk keje pastu g tapau makan
makan dgn pantas okeh

bulan baru...ada gaji baru jugek
pekeliling da keluar
masyuk la bulan neh...hehehe

oh monday bluess...
sgt la monday bluessssss