18 February 2013

Genap 1 tahun arwah mama pergi

Assalamualaikum
Tarikh hari ini 18.02.13 jam 12.35 tgh hari tadi maka genaplah 1 tahun arwah mama pergi meninggalkan kami sekeluarga.1 tahun berlalu begitu pantas sekali...masih terasa lagi peristiwa yang berlaku pada kami setahun yang lepas.Pada dua minggu sebelumnya kami yang hampir setiap hari berulang alik ke hukm melawat arwah mama...dua minggu sahaja Allah bg kesempatan untuk kami melihat arwah mama.Walaupon masa tu arwah mama terlantar sahaja dikatil tidak tahu apa yang berlaku...kami yang hampir setiap hari menitis air mata kerana tidak sanggup melihat arwah mama yang dikelilingi dengan wayar-wayar dan mesin-mesin hospital.
 
Sayu hati setiap kali teringatkan arwah mama...bila pandang muka anak-anak membuatkan aku kuat untuk hidup kerana aku mempunyai tanggungjawab yang besar demi membesarkan anak-anak sepertimana mama telah membesarkan kami adik-beradik.Kalau arwah mama masih ada tentu arwah mama seronok melayan keletah cucunya yang sekarang dah ada 3 orang.Kalau berkumpul ramai-ramai memang riuhlah rumah dibuatnya.Mesti arwah mama seronok tengok cucu-cucu dia membesar...tapi sayang.Sesungguhnya kami adik beradik sentiasa mengingatimu selalu...kau sememangnya tiada pengganti.
 
 
Al Fatihah buat arwah mama kami
Kamsiah Binti Harun