17 February 2012

perkembangan kanak-kanak 1 tahun

Apabila kanak-kanak telah mencapai usia 1 tahun adalah merupakan sesuatu yang menyedihkan jika kanak-kanak masih tidak dapat dilatih melalui pengalaman yang asas misalnya dengan aktiviti pergerakan, berbahasa serta memegang objek yang kecil. Maka adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan kanak.kanak mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Di usia kanak-kanak 1 tahun:

  • Mula berjalan beberapa langkah tanpa pertolongan di ruang yang rata tanpa objek yang boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh.
  • Membaling dan menjatuhkan objek.Seelok-eloknya sediakan bola mengikut saiz yang boleh dipegang oleh kanak-kanak untuk membaling, menjatuhkan dan mengambilnya semula.Sediakan juga permainan seperti bongkah kayu, puzzle yang mudah, kotak-kotak kecil yang mudah dipegang oleh kanak-kanak untuk melatih motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini.
  • Kanak-kanak sudah boleh mengulang 2-5 patah perkataan yang pendek dan elakkan daripada menggunakan percakapan kanak-kanak (pelat) sewaktu berinteraksi dengan mereka.
  • Mula menyukai dan membuka lembaran buku atau majalah yang melakar. Sediakan kertas yang besar untuk kanak-kanak melakar.
  • Mahu melakukan sesuatu perkara dengan sendiri, misalnya makan dengan sendiri. Seeloknya sediakan makanan dalam potongan/kuantiti yang kecil yang mudah untuk kanak-kanak menyuap sendiri dan dapat mengelakkan daripada kanak-kanak tercekik.
sumber dari google saje!!