14 June 2012

hati2 wahai blogger sekalian

entri kali ne sekadar nak berkongsi apa yg aku baca
mungkin ada yg sudah tau dan mungkin ada yg  tidak kan
aku terbaca pasal benda ne kt blog ELIA

PERINGATAN PENTING MULAI 1 JUN 2012

Mulai tarikh hari ini, segala bentuk perpindahan maklumat, info, gambar, komen
mahupun pandangan telah menjadi tanggungjawab para pengguna internet itu sendiri.
Para blogger juga tidak terkecuali harus bertanggungjawab atas apa-apa tindakan mereka.

Melalui pindaan pada akta keterangan, pengguna internet (termasuk para blogger)
akan lebih ALERT dan bertanggungjawab dengan tindakan mereka ketika mengedar,
mengirim, menerbit, memaparkan, merakam mahupun pandangan dan komen melalui blog
mereka. Segala aktiviti pengisian maklumat melalui internet termasuk aktiviti blogging
tertakluk dengan pindaan akta ini.




Akta ini juga menetapkan yang mana para pengguna internet bakal bertanggungjawab
terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian atau peranti mereka.
Ini bermakna jika sesiapa yang mengirim sebarang komen atau pandangan melalui blog anda, facebook page, wall anda, twitter anda mahupun melalui perkongsian WIFI anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan ke atas apa jua aktiviti yang berkaitan melalui perkongsian tersebut dibawah Akta Keterangan (pindaan) 2012.




13 June 2012

wordless wednesday #11

Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita,
maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

1 tahun 4 bulan

haziQ hakimi sudah 1 tahun 4 bulan
adek kt dalam perut mama ne dah 5 bulan 1 minggu
alhamdulilah adek cergas je kt dalam perut mama neh

abang nak tau x adek lebih aktif tau dari abang
siang malam dok menedang je kt dalam perut neh
abang dulu lambat seket...maybe ruang dalam perut mama ne dah luas kot!

haziQ hakimi sekarang ne makin lincah
oh mama dia mmg x larat nk melayan dah sebenarnya
sekarang makan nak sendiri je...compem la kecah kan...berapa kali nk menyapu...hadoi!
sentap mak ko nak oiiii


manja sungguh ngan pak lang dia


tgok la tuh...kemain lg...untung la awak ramai org sayang
eh mama dia nak emo2 pulekkkk


dah2 la tu haziQ hakimi
pak lang awak dah x larat dah nk mengejor
ligat sungguh awak neh...mesti papa mcm ne kot time kecik...haha!

masa ne kitorang kt VIVA Home Cheras masa kenduri abg ipar aku
jahat gila aku ne boleh pulak keluar jenjalan....eh bukan aku tau tp si kecik ne
dia x nak dok diam kan...sape suruh!



11 June 2012

mimpi anak kembar LAGI!!

assalamualaikum semua...
ape bikin cuti sekolah ari tuh....aku bz weh
kenduri abg ipar tapi bkn dpt tolong byk pon
sebabnya ada si kenit neh...nnt la aku story pasal kawen2 neh

yg aku nak cite sekarang neh pasal aku
sebabnya ne dah masuk kali ke-2 aku mimpi benda yg same....why eh?
aku mimpi beranak anak kembar lagi weh
aku belum scan lagi sekarang neh...scan dulu pon masa 11 weeks
sebab nak tau baby sihat ke x?

xtau la kenapa mengandung kali ne x beriya sgt
mungkin sebab da ade pengalaman kot
mungkin juga sebab yg kali ne aku x mabuk langsung!
jadi mcm sedar x sedar je yg aku tgh pegnen...boleh x camtu!

jahatnya mama neh...sian kt adik
tp kenapa aku mimpi anak kembar
kenapa weh...macam musykil la pulak